
Sulit
4 tahun
Pengidap kencing manis
sya wanita dlm lingkungan 40an boleh ka pesakit diabetis mcm sya mengambil vitamin c.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pesakit diabetes tiada halangan untuk mengambil vitamin c. Malah, terdapata kajian menunjukkan vitamin c dapat membantu mengurankan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Namun begitu, dos yang diambil hendaklah berpatutan dan tidak melebihi tahap yang ditetapkan oleh doktor anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.