
Sulit
3 tahun
Penglihatan mata jadi malap dan xselesa
Saya lelaki umur 30an…saya Ada penyakit biapolar.sbelum2 ni kalau cucuk mesti ada effact pada penglihatan mata jadi malap.selalunya sbulan lebih mata kembali pulih akibat effact ubat cucuk tu.tapi kali ni cucuk xhilang2 penglihatan malap sampai skarang…hampir 2 bulan dh.adakah effact ubat tu pada hati saya sehinggakan membuatkan penglihatan mata jadi malap dan xselesa?apakah rawatan yang saya perlu buat?bagaimana saya nak potong ubat tu supaya xda effact lagi?..mohon pencerahan doctor?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah penglihatan dan risau sekiranya gejala ini adalah kesan daripada ubat antipsikotik yang telah digunakan. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Kami tidak dapat memberikan kesimpulan yang spesifik kerana memerlukan maklumat yang lebih lanjut tentang jenis ubat antipsikotik yang anda ambil. Namun, antara kesan sampingan umum untuk ubat anitipsikotik adalah:
- Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau warga tua
- Pergerakan muka dan badan yang tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau remaja
- Perasaan tidak selesa –boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
- Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
- Peningkatan selera makan
- Pertambahan berat badan
- Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
- Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit
- Mengantuk
- Tekanan darah rendah
- Masalah sistem saraf
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :
- Kerosakan hati
- Kerosakan ginjal
- Masalah jantung
- Penyakit Parkinson
- Epilepsi (sawan)
- Kemurungan
- Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
- Pembesaran prostat
- Glaukoma
Peringatan
Jangan berhenti pengambilan ubat tanpa kebenaran doktor!
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.