
Sulit
3 tahun
Pengsan secara tiba2
Adik saya yg berusia 14 tahun jatuh dan rebah secara tiba2 ketika sedang masak didapur (dia bagitau waktu tu dia rasa pening dan penglihatannya terus gelap menyebabkan dia jatuh) kami telah memeriksa sendiri kadar darah dan gula dia dirumah sewaktu kejadian tekanan darah pada waktu tu 134/80 jantung 103 gula pula (6.4) dalam beberapa minit selepas tu dia sedar…so kami suruh dia rehat dulu lepastu kami check lagi tekanan darah dia dari masa kesemasa…tekanan darah dia semakin menurun sehingga ke kadar normal semula…sehari sebelum kejadian dia ada bagitau sakit gigi dan kami bagi dia makan ubat tahan sakit (IBUPROFEN) Adakah ini penyebabnya doktor???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, adik anda mengalami masalah jatuh dan rebah secara tiba-tiba disertai dengan rasa pening dan penglihatannya kabur. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang adik anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Terlalu penat dan kurang berehat
- Kekurangan gula didalam badan
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.