Sulit
3 tahun
Pengunaan enema yang kerap
Salam. Umur anak sya 2 thun. Sering mgalami sembelit sejak umur 1 thun 2 bln. Skrg ini masih lagi sembelit dan berak berdarah. 3@4 hri xmembuang sya akn bgi enema. Apa kesan jangka panjang pgunaan enema dan apa penyelesaian yang tbaik utk ank sya ini. Bmacam cra dah buat tetapi tetap sembelit lgi.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Pertama sekali, berdasarkan jalan cerita anda, kami tidak dapat merungkai punca sebenar perubahan dan kondisi yang dialami oleh bayi anda. Justeru lebih baik kita tidak melakukan sesuatu tindakan dan keputusan secara melulu sebelum mendapatkan bantuan secara langsung daripada doktor, lebih baik lagi dari doktor pakar kanak-kanak.
Namun, secara umumnya kondisi bayi boleh dikaitkan dengan:
- jangkitan kuman pada saluran pencernaan
- inflamasi/irirtasi/luka pada kawasan dubur
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda sangat digalakkan untuk bertemu dengan doktor secepatnya. Di samping itu, anda harus memastikan bahawa bayi anda terhidrasi secukupnya.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.