
Anonymous
2 tahun
Pengunaan pil. Perancang pada usia 40an
Saya berusia 40 tahun,
Sebelum ni saya mengamalkan perancang keluarga jenis ocp - pil noriday
Setelah mengamalkan selama 5 tahun, saya telah mengunakan kaedah perancang keluarga - guna kondom
Sekiranya saya ingin mengunakan kaedah ocp-pil noriday… Adakah tidak mendatangkan kemudaratan disbbkan faktor Usia saya sekarang,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman anda, pil Noriday selamat diambil sehingga anda menopaus atau berumur 55. Anda tidak digalakkan untuk mengambil pil noriday dan memerlukan nasihat doktor terdekat jika:
- Mengalami pendarahan antara kitaran haid atau selepas berhubungan dengan pasangan yang tidak diketahui puncanya.
- Pernah mengidap kanser payudara
- Sedang mengambil ubat atau suplemen
- Masalah kardiovaskular
- Masalah hati
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang pil perancang kehamilan ini KLIK (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.