
Sulit
4 tahun
Pengunaan pil perancangan keluarga
Hi doktor,saya ingin bertanya mengenai kaedah perancangan keluarga dengan pengambilan pil perancang. Sebelum ini saya telah mengunakan kaedah suntikan yang hampir 2 tahun dan hampir setahun tidak datng haid,dan baru bertukar kepada pengunaan pil perancang bermula dari 26/10 lepas dan baru menghabis kan 1 pek tersebut hari ini. Saya ingin bertanya adakah saya perlu berhenti atau teruskan dengan makan pek yg baru ataupun menunggu sehingga saya datang haid ? saya agak keliru sebab ramai yang memberitahu bahawa ,saya perlu berhenti dari mengambil ubt tersebut untuk memberi peluang datang haid,tetapi nurse di kk mmberitahu hal yang sebaliknya untuk meneruskan saja makan pil walaupun datang haid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, anda perlu teruskan mengambil pil perancang tersebut secara berterusan. Usah risau kerana anda masih boleh datang haid jika anda mengambil pil tersebut. Pil perancang bukan sahaja salah satu bentuk perancangan keluarga tetapi ia juga merupakan salah satu cara untuk mengawal kitaran haid anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda masih mempunyai kemusykilan mengenai penggunaan pil perancang, anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.