
Sulit
5 tahun
Pengunaan postinor dalam jangka masa panjang dan kesan buruk kekerapan pengunaanya
Sya berumur 23 tahun dan telah brkawin. Setakat ini masih merancang. Sy ingin bertanya jika hubungan seks tanpa perlindungn dilakukan 2 minggu lepas dan telah memakan postinor, perlukah sya mengambil postinor lagi jika sy lakukan hubungan seks tanpa perlindungan hari ini?
Dan apakah kesan buruk penggunaan postinor jika digunakkan dengan kerap?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda boleh mengambil pil postinor 2 jika telah melakukan hubungan kelamin namun perlu diingatkan bahawa pil ini disarankan hanya sekali sahaja diambil dalam 1 kitaran haid. Sekiranya kerap diambil, pil ini boleh memberikan kesan yang tidak baik pada kitaran haid mahupun kesuburan. Oleh itu, kaedah perancangan yang tetap adalah disarankan untuk anda dan suami. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.