Sulit
3 tahun
Pengunaan postinor pada badan
Boleh saya tahu adakah normal kalau isteri saya mengalami pening dan muntah selepas beberapa hari ambil postinor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan berkesan bergantung dengan ketika mana kitaran haid wanita tersebut semasa mereka mengambil pil tersebut. Ianya berkesan melalui hormon progestin dalam pil ini. Ia berfungsi dengan mencegah pembebasan telur (ovulasi) semasa kitaran haid. Ia juga menjadikan cairan vagina lebih tebal untuk membantu mencegah sperma sampai ke telur dan mengubah lapisan rahim untuk mencegah telur yang disenyawakan tertanam di rahim.
Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah rasa letih, loya dan muntah. Terdapat juga wanita yang mengalami sakit perut, cirit-birit, pening, sakit kepala, sakit payudara, pendarahan dari vagina dan reaksi kulit.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami tidak menolak gejala yang dialami berkemungkinan disebabkan selain dari kesan sampingan postinor. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.