
sovlofkl
5 tahun
Penile discharge apabila buang air besar
Saya lelaki berusia 25, masalah saya adalah berkaitan penile discharge. Ianya terjadi apabila saya buang air buar. Saya kelihatan akan seperti lendiri (sperma look alike) keluar dari alat kelamin saya. Ianya hanya terjadi bila saya mengalami hard stool. Ianya sticky tidak berbau dan tidak berbau kuning. Saya jugak tidak mengalami sakit belakang or sakit ketika membuang air kecil. Saya layari internet yang saya dapati cuma std. Tolong saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- Saluran sperma bocor - menyebabkan air mani keluar tanpa kawalan
- Nanah dari kecederaan zakar
- Penyakit kelamin - sekiranya anda pernah melakukan hubungan kelamin
- Jangkitan herpes genital - dari virus herpes (selesema)
- Jangkitan saluran kencing - walaupun tidak sakit ataupun demam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.