
Sulit
4 tahun
Pening berpanjangan
saya pening kepala lebih dari 5 hari , setiap hari akan rasa loya nk muntah . sakit di atas kepala berdenyut dan di area dahi atas mata dan blkg kepala . bila saya berdiri saya rasa kabur2 . macam tak sedap badan . normal ke ni ? tak pernah saya pening lebih dri 5 hari

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pening kepala.
Untuk makluman anda, pening kepala boleh berpunca daripada pelbagai sebab antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Hal ini kerana saya tidak boleh merawat anda tanpa pemeriksaan fizikal.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.