Sulit
4 tahun
Pening berterusan sehingga kini
Saya wanita 19 tahun. Saya mengalami pening sebelum raya haji lagi sehingga lah kini. Saya sudah pergi ke klinik buat pemeriksaan, saya d kata kn yg saya masalah dalam telinga,akn ttapi saya sdh menggunakan ubat yg d masukkan ke dlm telinga selepas itu masi juga pening. Pening saya terasa mcm berada d laut. Doktor, apakah penyakit saya ini doktor? Tolong saya doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan telinga (doktor anda mengesyaki ini kerana penyakit ini paling selalu dihidapi pesakit)
- meniere’s disease (terdapat gejala berkaitan seperti telinga berdesing, masalah pendengaran)
- BPPV (lebih-lebih lagi jika pening anda ada apabila anda berubah posisi kepala)
- Radang struktur telinga Vestibulitis and labyrinthtitis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.