
Sulit
4 tahun
Pening bila berdiri lama dan BP tidak stabil
Saya berumur 43. Aktif jogging, dalam 2 bulan ni saya mengalami masalah pening seolah2 badan tidak stabil bila berdiri agak lama seperti ketika solat.BP juga kadang2 tidak stabil terutama tekanan distolik, melebihi 110 kadang2. Saya baring tekanan akan turun bila duduk cek semula tekanam distolik naik. Seingat saya Masalah bermula bila saya lari dgn kerahan sepenuh tenaga untuk buat catat masa personal best 10km bwh 1jam. Balik rumah semasa berehat saya pening dan muntah. Telah buat medical checkup, result semua ok. Untuk makluman saya telah berhenti merokok 100% selama 2 bulan. Mohon doc jelaskan punca masalah saya ini .Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo
- Radang struktur telinga Labyrinthitis
- Jangkitan Virus di telinga
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo
- Ketumbuhan di telinga atau otak (Jarang-jarang)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.