
adli23amirul
5 tahun
Pening Dan demam panas
Doc Umur saya 16 tahun saya duduk Di KV saya setiap Hari saya rasa pening Dan demam panas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pening dan demam yang dihadapi. Malangnya saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Demam denggi
Allergic Rhinitis
Keradangan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi oleh kerana maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.