
Sulit
4 tahun
Pening dan kepala panas
hi.pada sabtu lalu sy mengalami kembung perut wktu tengahari dan sebelah petang sy ada makan nanas.setepah mkn sy mengambil gaviscon kerana sy jga sering kembung perut,pedih ulu hati sehingga sakit dada.keesokannya sy berasa pening dan agak sedikit panas d kepala sehingga kini.kepala terasa berat,mata terasa panas namun anggota bdn lain tidak panas.hidung sy terasa sumbat tanpa hingus dan sedikit batuk kering (batuk kembali dtg.baru sembuh) adakah ini d sebabkn gerd/gastrik atau jangkitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah simptom-simptom yang anda alami sejak kebelakangan ini adalah lebih berpunca kepada gejala penyakit refluks asid gastroesofagus (GERD) yang boleh menyebabkan simptom-simptom berikut:
- Sakit dada
- pedih ulu hati
- Sakit tekak
- Sesak nafas (jarang)
- Kembung perut
- Mual dan muntah.
Penyakit GERD ini merupakan sejenis penyakit dimana asid dalam perut telah naik sehingga ke tekak melalui esofagus akibat masalah injap esofagus yang lemah ataupun rosak. Ia juga boleh dipengaruhi oleh tabiat pemakanan dan juga tabiat lain seperti merokok, alkohol dan juga sering baring selepas makan.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.