
Sulit
4 tahun
Pening dan loya lebih 5 hari pada waktu petang
Saya wanita 30an telah berkahwin. Lebih 5 hari sy mengalami pening dan loya pd setiap petang bermula jam 1 petang smpai ke mlm. Bile mkn, sy akan jd loya.OPK n UPT sy da buat tp semua negatif. Utk bln ni sy belum melepasi tarikh period. Apakah masalah sy De? Adakah sy vertigo? O sy stres?

4 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Untuk pengetahuan anda, gejala pening dan loya yang sedang and alami boleh merujuk kepada satu sakit ataupun merupkan sakit yang berbeza. Simptom pening pula boleh menyebabkan sesorang muntah ataupun loya. Antara beberapa punca yang menyebabkan pening adalah seperti berikut:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- Migrain
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Sebagai maklumat tambahan, berikut adalah 20 tanda-tanda awal kehamilan untuk anda rujuk dan kenalpasti simptom yang terdapat pada anda:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Sekiranya anda ragu-ragu dengan status kehamilan anda, sebaiknya melakukan pemeriksaan sederhana seperti pemeriksaan urine pregnancy test (UPT). Sebagai tips, sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Klik link ini tentang (bagaimana menggunakan ujian kehamilan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.