
Sulit
2 tahun
Pening dan sakit dada
Saya pernah digigit anjing pada bulan January, manakala, ada masa tempat digigit rasa tingling

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan, untuk maklumat anda, apabila anda digigit haiwan seperti anjing, kucing atau tikus, anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera di klinik/ hospital yang berdekatan.
Masalah pening dan sakit dada mempunyai pelbagai sebab. Pening boleh disebabkan oleh:
- BPV
- Migrain
- Tekanan darah rendah
- Dehidrasi
- Anemia - kurang darah
Masalah sakit dada pula boleh disebabkan oleh:
- Masalah jantung
- Masalah gastritis
- Sakit pada otot dada
- Masalah pada paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.