
Sulit
5 tahun
Pening,hidung tersumbat
pada 20hb mac sy mengalami sakit kepala di ikuti hidung tersumbat tapi tidak berhingus.malam 24hb telinga gatal dan sy bersihkn namun keesokan hari telinga sakit,leher sakit di sekitar pangkal kiri hingga ke telinga dan kepala sebelah kiri terasa amat sakit.28hb sy ke klinik dan dktr kata telinga di jangkiti kuman.hingga kinitelinga dan leher sdh semakin pulih namun pening kepala masih timbul skali skala dan hidung masih terasa sedikit tersumbat walapun tidak berhingus.malam selasa saya juga mulai tidak merasa selesa di dalam mata bawah dahi terutama pada pada malam dan pagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berkemungkinan masalah anda adalah kesan dari jangkitan telinga anda. Hal ini kerana telinga berfungsi dalam mengawal keseimbangan tekanan. Sekiranya fungsi ini terjejas, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala. Hal ini juga yang menyebabkan anda sakit pada bahagian mata.
Selain itu, saluran hidung dan telinga sangat berkai rapat. Hal ini yang mungkin menyebabkan hidung anda tersumbat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.