Sulit
6 tahun
Pening kepala bahagian kiri
Saya berusia 20an setiap pagi saya sering merasakan sakit kepala Di bahagian Kiri kepala…bagaimana Cara untuk memulihkan ya…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala disebabkan oleh Ketegangan (Tension headache)
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala harian yang kronik
- Penyalahgunaan ubat
- Sakit kepala kerana masalah berkaitan gigi atau gusi
- Sakit kepala disebabkan kafein
- Sakit kepala kerana sinus
- Sakit kepala semasa haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

































