
ikhwanghani90
5 tahun
Pening Kepala berpusing dan mual
Helo doc, Sy 29 tahun, masalah sy berasa pening kepala bukan sakit tapi pening dan loya,berasa berpusing ketika saya berjalan, pening ini berlarutan selama 9 hari, sebelum terjadi sy sering berjaga malam dan tidur pada siang hari(berpuasa ramadhan) dan bermulanya pening kepala ini setelah saya pulang dari kedai makan, yang saya makan pada waktu itu ialah maggi tomyam+teh o ais, tak lama kemudian saya mula pening dan berterusan 9 hari. Adakah pening saya ini ada kaitan dengan tabiat berjaga malam sebelum itu atau kerana makanan atau masalah penyakit lain doktor? Terima kaseh.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- adakah anda rasa seperti kawasan sekitar anda berpusing?
- adakah rasa pening berlaku semasa anda berdiri secara tiba tiba/melakukan sebarang aktiviti tiba tiba?
- adakah anda mengalami simptom lain(sakit kepala,sakit telinga, telinga berdesing)
Secara umumnya,antara punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami adalah:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/ menganggu aktiviti seharian anda terganggu sila rujuk ke klinik dengan segera.Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih