
karrim48
5 tahun
Pening kepala dan hampir pitam
Saya mahu btanya. Saya seorg cikgu berumur 25 tahun. Saya sering mengalami pening kepala dan kdg2 rasa mahu pengsan. Slalu juga sakit kpala. Jantung berdengup. Mata jadi sensitiv cahaya. Kpala kuat pening bila terjadi pergerakan. Bila saya pusing kpala pening. Blkg saya sering sakit. Kerap berbunyi bila saya pusing bahu. Tengkuk juga slalu berbunyi dan sakit. Dada pn selalu juga rasa sakit. Telinga kdg berdesing dan berdengung. Saya kena first 30 ogos tahun lps. Masa tu pening dan pitam. Saya rasa mau pengsan. Dibawa ke emergency doktor masukkan air garam. Masa air garam tu mgalir saya pengsan seketika. Bila check darah saya smua normal. Sejak hari tu sering pening kepala dan rasa mau pitam. Check brain ct scan normal. Pergi check ENT pn ok. Check jantung ecg dan echo pn normal. Saya sering jumpa doktor. Dan simptom ini mengganggu prestasi krja saya. Saya minta nasihat. Apa prlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala-gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.