
Anonymous
6 tahun
Pening kepala dan perut tak selesa
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya selalu rasa badan tidak selesa. Kadang-kadang masa makan, rasa tak lalu nak makan sebab rasa saya tak hadam makanan dan rasa hari ini hari terakhir saya hidup. Selalunya, saya rasa lemah dan akan mengangkat telapak tangan saya dan kelihatan pucat. Kadang kala saya pening dan sakit bahagian dahi, sakitnya seperti kepala nak pecah. Masa makan malam, rasa nak muntah balik makanan sbb terasa banyak lendir dlm kerongkong dan kandangkala muntah ja terus.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan.
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Semua jenis sakit kepala ini boleh menyebabkan mual muntah dan ketidakselesaan perut anda. Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC). Antaranya ialah paracetamol dan NSAIDs.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.