
Anonymous
4 tahun
Pening kepala dan rasa loya
Hai doktor , kenapa yaa saya selalu rasa pening kepala dan loya lepastuh takde selera makan , kadang2 dekat bahagian pinggang rasa sakit . Bila saya bersila atas lantai lagi rasa sakit dia tuh . Saya masih muda lagi . ada jawapan tak doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- adakah anda rasa seperti kawasan sekitar anda berpusing?
- adakah rasa pening berlaku semasa anda berdiri secara tiba tiba/melakukan sebarang aktiviti tiba tiba?
- adakah anda mengalami simptom lain(sakit kepala,sakit telinga, telinga berdesing)
Secara umumnya,antara punca yang boleh menyebabkan pening adalah:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Bagi kesakitan bahagian pinggang yang dialami bersama pening dan loya tersebut ia mungkin berkait rapat. Masalah ini mungkin disebabkan oleh :
- Jangkitan pada saluran kencing
- Batu pada saluran kencing
- Anda sedang ovulasi (Wanita)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih