
Sulit
3 tahun
Pening kepala dan sakit pinggang selepas ambil depo perancang keluarga
Saya nor 29tahun,saya tdak dtg haid 1thun,setiap ambil depo 3bulan sekali pasti ada magrain,adakah itu normal? Dan selepas sya tdak dtg haid selame 1tahun,saya baru shj mengalami sakit pinggang,adakah sakit pinggang sye kerane injection atau akan berlanjutan selama sya terima injection.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami pening kepala selepas mengambil suntikan perancang kehamilan dan mengalami sakit pinggang serta haid yang tidak datang selama setahun. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan yang boleh berlaku adalah:
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Perubahan mood
- Kesakitan payudara
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit sendi
Namun begitu, sakit pinggang tidak tersenarai dalam kesan sampingan suntikan perancangan kehamilan dan boleh menandakan perkara yang lebih serius.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.