
richmond3
6 tahun
Pening kepala dan telinga berdesing
Saya kerap sakit kepala sejak seminggu lalu dan 2 hari kebelakangan ini telinga saya mula berdesing. Kenapa ya doc?

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda. Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat banyak sebab sakit telinga
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Kesemua masalah diatas boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor dan menjalani pemeriksaan terhadap telinga anda untuk mengenal pasti punca sakit telinga tersebut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih