
Anonymous
4 tahun
Pening Kepala di bahagian kiri selama 3 hari
Hi. Saya wanita berumur 20 tahun. Pada penghujung Jun 2019, saya telah pergi berjumpa dengan Doktor Pakar Kulit di Klinik Subra Melaka. Doc tersebut memberi saya preskripsi 2 minggu antibiotik (Doxymycin). Setelah dua minggu saya pergi follow up semula dan Doc melihat muka saya masih ada clogged pores lagi sedikit dan dia menambah tempoh antibiotik saya selama sebulan pula. Sekarang adalah minggu ketiga saya makan ubat tersebut. Dan sepatutnya pada hari Jumaat(12/7/2019) kitaran haid saya akan datang. Tetapi sudah seminggu haid saya lewat dari kebiasaan.
Pada hari Rabu(17/7) saya mengalami sakit kepala di bahagian kiri yang berlanjutan sehingga ke hari ini.
Petanda saya akan haid adalah pening kepala tapi kebiasaannya sehari saja.
Adakah ia salah satu kesan sampingan Doxymycin dan adakah saya perlu behenti mengambilnya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pening kepala yang anda alami mungkin boleh disebabkan oleh pengambilan ubat Doxymycin itu. Saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor yang merawat anda untuk rawatan lanjut bagi masalah ini. Hal ini kerana, antibiotik harus dihabiskan mengikut waktu yang ditetapkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.