
Sulit
5 tahun
Pening kepala *kepala. rasa berpusing
saya wanita berumur 28 tahun, 2 bulan y lepas sy alami kemalangan, tiada kecederaan kepala hanya patah pada bahagian paha & buku lali, semasa pembedahan saya mengambil bius epidural, selepas pembedahan saya ada alami pening kepala terasa seperti berpusing berlarutan hanya 3 hari selepas itu hilang tetapi sejak 3 hari yang lepas rasa pening dan kepala berpusing kembali, saya tidak alami loya dan muntah, hanya terasa pening dan kepala berpusing, apakah kesan dari bius epidural tersebut? terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan telinga pada bahagian dalam
- tekanan darah rendah
- kandungan gula rendah
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo
- epidural (normal untuk anda alami loya, pening jika anda baru sahaja mengambil bius tersebut, namun, ia telah pon berlaku 2 bulan yang lalu)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.