
Sulit
3 tahun
Pening kepala - melayang
Saya wanita yang berusia 23 tahun , sejak 2 minggu ni saya asyik pening kepala (melayang) . Saya ada check di klinik darah saya okay sahaja . Dan saja juga buat swab test pun negative . Apa mungkin sebab lain doc ?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang masalah kesakitan kepala Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Oleh itu, anda perlu berunding dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut supaya puncanya boleh dirumuskan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.