
Anonymous
5 tahun
Pening kepala melebihi seminggu dan muntah
Selamat pagi doktor , saya wanita berusia 25 tahun . Saya mengalami pening kepala yang melebihi seminggu , saya pergi ke klinik kerajaan dan doktor memberi saya ubat pening sahaja tapi masih tidak hilang pening saya , masuk ke minggu yang ketiga saya mengalami muntah2 pada waktu malam sudah 3 malam saya muntah makanan yang baru sahaja makan . Tekanan pening saya hanya terasa dibelakang kepala oleh sebab itu saya tidak boleh berdiri terlalu lama kalau makan pon kepala saya mesti ditampung oleh tangN. Mohon bantuan doktor … apakah masalah kesihatan saya yang sebenarnya .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara simptom-simptom yang dialami oleh pesakit sinusitis adalah seperti sakit kepala, sakit pada bahagian muka, hidung tersumbat, hidung atau mata berair, demam dan juga muka menjadi merah. Sinus adalah ruang yang mempunyai udara dikelilingi tulang yang berfungsi untuk meringankan tekanan dalam kepala kita. Sinusitis akan terjadi apabila ruang yang mengandungi udara tersebut penuh dengan lendir yang dirembeskan apabila kita mengalami infeksi trakus pernafasan atas atau selsema yang berpanjangan. Disebabkan oleh itu, pesakit yang mengalami sinusitis akan berasa berat kepala dan tidak selesa dan sering kali penyakit sinusitis ini disalah anggap ianya sebagai serangan migrain.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.