
shazlina.ariff
5 tahun
Pening kepala/Migrain
Saya wanita berusia 39 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya kerap mengalami sakit kepala di bahagian kiri. apabila saya memicit kening sebelah kiri saya, terasa sakit. Setiap pagi apabila bangun tidur kepala terasa berat dan apabila di pejabat pada waktu pagi rasa mengantuk walaupun saya tidur awal setiap malam. Perlukah saya membuat pemeriksaan di klinik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala sakit kepala perlu dijelaskan dengan lebih lanjut sifat sakit nya samaada sakit berdenyut atau mencucuk tajam, waktu bila sahaja sakit timbul, gejala tambahan yang timbul dan lain-lain. Masalah ini, terutama sakit kepala satu sisi boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Seandainya gejala memburuk atau terdapat gejala tambahan sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.