
Sulit
3 tahun
Pening kepala,muka terasa kebas,jantung berdegup
Salam sejahtera doktor,saya lelaki berumur 28tahun,semejak sebulan ini saya sering sakit kepala,muka rasa kebas,dgn degupan jantung tiba2 bedegup kencang,dan sakit sendi2 belakang.harap doktor dapat membantu saya untuk masalah ini…sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda tentang gejala pening kepala, muka terasa kebas, jantung berdegup kencang dan sakit sendi. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala kebas, sakit kepala, degupan jantung yang kencang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- cemas
- kekurangan rehat
- migrain
- ubat-ubatan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- serangan panik
- jangkitan virus
- penyakit jantung
- gangguan saraf
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.