
Sulit
4 tahun
Pening kepala, muntah-muntah
sy wanita berusia 30 tahun, mengalami sakit kepala yg teruk dan berlarutan hampir seminggu, malah kerap muntah dan buang air besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda, seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Migrain
- Keracunan makanan
- Jangkitan otak
- Tekanan intracranial meningkat
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Perkara ini perlu diberikan perhatian dan anda dikehendaki berjumpa dengan doktor kerana anda mengalami muntah-muntah dan sakit kepala yang mengganggu aktiviti anda. Sila berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila pantau gejala anda dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini selain daripada gejala yang disebutkan di dalam ruangan soalan:
- Najis berdarah
- Muntah berdarah
- Sawan atau pitam
- Demam
- Leher yang keras
- Perubahan status mental seperti fikiran bercelaru
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala..
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.