
Sulit
4 tahun
Pening kepala saat lepas tido
Saya wanita berusia 28 tahun dan tidak berkahwin lagi. Sejak sebulan yg lalu, saya selalu rasa pening kepala. Dan apabila saya baring, kepala saya terasa sikit seolah saya salah posisi kepala. Bila saya bangun, sakit pening tu hilang. Adalah saya mempunyai kanser?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- adakah anda rasa seperti kawasan sekitar anda berpusing?
- adakah rasa pening berlaku semasa anda berdiri secara tiba tiba/melakukan sebarang aktiviti tiba tiba?
- adakah anda mengalami simptom lain(sakit kepala,sakit telinga, telinga berdesing)
Secara umumnya,antara punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami adalah:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.