
Sulit
3 tahun
Pening kepala secara tiba2
Saya rasa pening bila waktu ptg…baru 2 hari saya terasa seperti ini… Mula hari pertama ketika saya sedang exercise… … Saya 20 tahun 84 kg 158.5 cm… Saya tiada diabetes

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Vagal overactivity” - perkara ini berlaku apabila saraf vagus didalam badan terlebih akti apabila berlaku stres seperti meilhat perkara yang tidak menyenangkan
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vertigo posisi
- Penyakit ritma jantung - terlebih atau terkurang laju
- Kurang gula - akibat terlalu banyak hormon stres dirembes dalam badan yang menyebabkan kekurangan gula
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.