
Anonymous
2 tahun
Pening kepala selama 5 hari berturut turut dan tidak boleh berdiri terlalu lama
Hye doctor , saya ada masalah pening kepala sudah hampir 5 hari kesihatan saya terganggu , period saya delay untuk bulan mei , macam mana ya doctor ? Saya buat ujian kehamilan dengan menggunakan bleach tapi keputusannya negatif . Saya belum beli UPT lagi buat masa sekarang sebab saya rasa mungkin saya pening kepala yang biasa biasa sahaja . Apakah pendapat doctor ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham akan kebimbangan anda, tetapi untuk situasi sebegini anda amat digalakkan untuk buat upt untuk mengetahui status kehamilan anda. Walaobagaimana pun, anda haruslah tahu bahawa terdapat juga beberapa punca yang berlainan yang boleh menyebabkan pening kepala.
Antara punca yang biasa ditemui adalah seperti:
- Vertigo (perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing)
- Sakit kepala yang ringan yang disebabkan gangguan telinga dalam, gangguan emotional, perubahan tekanan darah, anemia etc)
- Loya yang disebabkan pening menaiki kenderaan dan sebagainya
Sekiranya anda ingin bertanyakan masalah anda dengan selanjutnya, Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih.