Sulit
5 tahun
Pening kepala seperti melayang
Saya perempuan berumur 22 tahun. Bulan ini period saya belum datang. Dan lewat dah seminggu lebih. Saya belum berkahwin. Lately ni saya asyik pening. Pening yg terasa mcm berpusing2 melayang2 serta loya. Apakah penyebab sakit kepala tu ? Adakah berkait dgn kelewatan period saya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala seperti melayang. Untuk makluman anda, gejala seperti ini dinamakan sebagai vertigo. Terdapat pelbagai penyebab terjadinya gejala ini , antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Bagi haid yang lewat, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami masih memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk memastikan hubungan masalah ini dengan haid anda yang lewat sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Kami menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Hal ini kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Maklumat lanjut tentang rekod kesihatan anda juga adalah diperlukan.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































