
Sulit
3 tahun
Pening kepala serta loya pada waktu malam
Saya wanita berumur 20 tahun dan saya ingin menanyakan kepada doktor tentang masalah kesihatan saya , bila malam saya rasa pening kepala membuatkan saya susah untuk tidur kemudian ditambah pula dengan loya

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah pening dan loya boleh disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Kurang tekanan darah
- Keracunan makanan
- Benign positional vertigo
- Migrain
- Serangan jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.