
nnatasya811
5 tahun
Pening kepala yang berterusan
Saya berumur 18 tahun…saya sering mengalami pening kepala dan terasa loya…setelah makan…saya akan mula terasa loya…kadang kadang saya mengalami sakit perut dan cirit birit dan setelah itu jantung saya mula berdegup laju…apakah cara yang boleh saya lakukan untuk menyembuhkan sakit kepala ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastritis kronik (yaitu keradangan lapisan dalam perut)
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
- dehidrasi
- penyakit keradangan usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.