Anonymous
6 tahun
Pening ketika berbaring
Saya wanita berumur 35tahun. Masalah yg kadang saya hadapi sekarang ialah bila dlm keadaan berbaring dengan mengalihkan badan ke sebelah kanan kepala tiba tiba pening. Tetapi, bila saya tukar alihkan badan ke kiri saya ok sahaja. Situasi ini sudah agak lama. Kenapa ya dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pening boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Vertigo
- Meniere’s disease
- Acoustic neuroma
- Akibat trauma leher atau kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































