
nkhairina172
5 tahun
Pening, Leher sebelah kiri rasa ngilu, Loya
Saya wanita berusia 23 tahun. Kerap rasa pening di sebelah petang…dan kadang kala…leher sebelah kiri terasa ngilu. Berat saya ketika ini 80kg dengan ketinggian 170 cm. Saya tahu, BMI saya berada di tahap lebih berat badan. Dan saya melakukan senaman kardio. Tetapi, saya telah berhenti melakukan senaman itu setelah pitam 2hari lepas semasa melakukan senaman. Saya juga ada mengambil Phentermine untuk mempercepat proses pembakaran lemak. Mohon doktor beri nasihat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, pening dan pitam boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.