
Sulit
5 tahun
Pening, loya & muntah
Selamat pagi doktor. Saya nak tanya soal kesihatan ibu saya…sejak kebelakangan ini, dia selalu mengalami pening berpanjangan, loya & muntah berterusan. Dia sudah ke klinik 2 kali tapi tidak ada apa2 perubahan setelah pengambilan ubat…badan terasa lemah & longlai dan kurang selera makan…setelah buat lab test, result darah & ufeme semua normal. Boleh doktor tolong jelaskan apa masalah yg di alami ibu saya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- kurang kandungan gula dalam darah
- migrain
- vertigo disebabkan oleh jangkitan telinga, Benign paroxysmal Positional Vertigo
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.