
Sulit
5 tahun
Pening melayang Dan tak selesa badan
Sy berumur 31 tahun… Sy mngalami mslh kesihatan yg amat teruk bagi sy… Kepala sakit Dan pening telinga berdesing, lemah seluruh badan, selalu rasa takut, gastrik teruk, sesak nafas, sejuk kaki tangan Dan lenguh2…anggota badan selalu jd bergerak2 dgn sendiri… Dahi selalu bergerak2…loya n terasa nk pitam… Dn berpuluh kali jmp doktor tp msih lg di tahap yg sama dn lg teruk… Ape penyalit ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kumpulan gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat daripada pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh yang dapat mempengaruhi sistem saraf pusat
- Hipokalemia iaitu apabila tubuh mengalami kekurangan ion kalium akibat daripada muntah dan sebagainya
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah suatu keadaan apabila kandungan isi perut yang berasid naik sehingga menyebabkan keradangan pada dinding esofagus
- Meniere’s disease merupakan gangguan telinga dalam yang menganggu fungsi telinga dan juga keseimbangan sehingga bermanifestasi sebagai pening, muntah, telinga berdesing dan sebagainya.
- Masalah psikiatri seperti gangguan somatoform ataupun keresahan kecelaruan yang mana seseorang berada pada keadaan bimbang yang berterusan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu aktiviti harian anda sekiranya tidak mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.