
Anonymous
2 tahun
Pening, mual,sakit pinggang dan terasa mengilu dibahagian rahim belah kanan
Saya berumur 22 tahun dan saya sudah mendirikan rumah tangga … saya mengalam gejala sakit diatas semenjak beberapa hari yg lalu … saya menyangka saya hamil tetapi saya sudah menggunakan pregnancy test … dan keputusannya negatif … saya baru sahaja selesai datang bulan pada hari jumaat minggu lepas ( 14/6/2019)
Saya inginkan kepastian doktor … apak gejala yg sedang saya alami semenjak dua menjak ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda dihadapi. Namun begitu, masalah anda adalah kompleks dan memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian tertentu juga mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada hospital agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.