
nurnaja66
5 tahun
Pening secara berkala tapi berpanjangan
Saya remaja lingkungan 18 tahun baru2 ni Saya ad makan bihun segera dalam pukul 12 lpstu trus tdur dah mmng tbiat Saya kalau lapar Cari fast food tp klini Saya alami pening yang teramat sewaktu tidur Dan Saya muntah2 berulang kali dari pukul 3 hingga 6 pagin Saya pgi klinik dan doktor ambil darah Dan katanya ad kuman dalam darah tpi taktau kuman apa …Dy bri Saya antibiotics Dan trtulis utk hbiskn tp Saya makan Tak ikut jdual sbb waktu prsekolhn Saya Dan shingga kini tinggal lagi 2 kapsul Saya ta makan…slpas bbrapa mnggu saya baik ttpi ttbe ad satu minggu ni Saya alami pening yg tidak brapa skit ttpi scara brpnjgn Dan rasa nk munth . Ia amat mnganggu waktu bljara saya sbb hmpir stiap hr saya pning Dan mual Dan Saya berasa amat Lesu walau tdur scukupnya. Saya juga prnh kene jngkitan dalam tlinga.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit/pening kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Migrain
- Keracunan makanan
- Kesan jerebu
- Dehidrasi (kurang minum air)
- Kesan perubahan hormon
Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa menghabiskan antibiotik yang diberikan terutamanya jika terdapat kuman dalam darah kerana ia boleh membahayakan nyawa anda jika kuman tiak dibunuh sepenuhnya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.