
shaadah159
5 tahun
Penjagaan luka melecet kesan episiotomy
Hari ini adalah hari ke 26 saya berpantang.Saya tidak mengalami kesakitan pada luka jahitan bersalin saya tidak selesa kerana setelah di periksa ada sedikit melecet pada jahitan bersalin tersebut.Adakah doktor boleh terangkan cara untuk menyembuhkan kesan melecet tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, waktu penyembuhan luka sebegini adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Umumnya ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 2 minggu. Bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka, antara yang boleh diamalkan adalah:
- Jaga kebersihan daerah tersebut. Jangkitan pada daerah itu hanya akan melambatkan proses penyembuhan luka
- Pastikan daerah luka tidak terlalu kering. Elakkan penggunaan sabun dan bahan pencuci yang boleh mengiritasi kulit
- Mengambil diet yang sihat (mengandungi semua 7 kelas makanan dalam kadar yang seimbang). Dalam membantu penyembuhan luka, makanan yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral adalah amat diperlukan.
- Elak pakaian dalam dan pakaian yang ketat didaerah luka. Hal ini dapat menyebabkan geseran sehingga melambatkan penyembuhan luka.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.