maryjulius87
5 tahun
Penukaran pil perancang
Salam sejahtera doctor…saya berusia 33 tahun…saya nak tanya doctor berkenaan pil perancang.Saya sekarang makan pil perancang noriday.Masa saya amik pil noriday, anak saya masih lagi menyusu badan dan pada masa yang Sama anak saya juga minum susu formula…dan saya difahamkan bahawa pil noriday untuk ibu yang masih menyusu badan…tetapi Semarang anak saya sudah tak mahu menyusu badan lagi…soalan saya, adakah saya perlu continue pil noriday ataupun kena tukar kepada pil perancang yang lain…kalau ya, apakah pil perancang yang sesuai untuk saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada sebarang masalah bagi anda untuk mengambil pil tersebut walaupun anda tidak menyusu. Namun, terdapat alternatif lain jika anda ingin merancang kehamilan. Antaranya:
- pil perancang hormon 21 hari
- suntikan depo (3 bulan)
- implanon (3 tahun)
- alat diletakkan ke dalam rahim (3-5 tahun)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































