
Anonymous
5 tahun
Penyakit beguk dan timbul jerawat
Hai dr, saya disahkn beguk, dan selepas berapa hari, timbul jerawat batu di sebelah bahagian kne beguk. Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, beguk adalah keradangan kelenjar liur yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman yang lazimnya Staphylococcus aureus (S. aureus)
- jangkitan virus
- jangkitan kuman TB
- autoimun
- pada orang HIV
Sementara itu, jerawat yang juga dikenali sebagai acne adalah disebabkan oleh jangkitan kuman yang dikenali sebagai Propionibacterium acne (P. acne)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.