Sulit
4 tahun
Penyakit berkaitan testis
saya remaja lelaki berusia 20-an, saya mengalami masalah pada bahagian testis, terdapat banyak urat yang kasar pada bahagian testis, saya ada baca artikel tentang penyakit varicocele dan
terdapat banyak persamaan tetapi masih tidak pasti dengan perkara yang saya hadapi, testis tidak sakit ketika dipegang, selain itu ada jugak sesuatu seperti bebola sebesar separuh biji tomato di dalam kantung testis dan tidak melekat dengan testis yang pada awalnya hanya seperti cecair,ini semua berlaku selepas saya melalui ujian MRI ct scan pada usia 15 tahun, boleh saya tau apa yang sedang saya alami dan apa patut saya buat,thank u in advance dr.
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa yang boleh menyebabkan testis menjadi bengkak seperti:
- Epididymitis (keradangan testis)
- Ascending testicle
- Hernia inguinal
- Jangkitan saluran kencing (UTI)
- Batu karang
- Hydrocele (pembentukan cecair yang menyebabkan pembengkakan skrotum)
- Spermatocele (pembentukan bendalir dalam testis)
- Kecederaan testicle atau trauma kepada buah zakar
- Kanser testis
- Kilasan kilat (ujian tirus)
- Varicocele (pembesaran urat dalam skrotum)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































