izzharuddin

5 tahun

Penyakit darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi!

Kenapa penyakit darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi tu selalu kalau ada satu mesti ada jugak yang lain. Dia saling berkaitan ke macam mana?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Penyakit darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi boleh disebabkan oleh faktor-faktor yang sama. Antaranya adalah pemakanan yang tidak sihat. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (“jahat”). Contoh sumber lemak tepu yang biasa diambil ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan bergoreng, makanan segera dan produk bakeri.

Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol LDL. Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal berkolesterol tinggi. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan berlebihan. Pengambilan serat juga tidak mencukupi. Serat berperanan membantu menahan kelaparan, menurunkan kadar gula darah dan kolesterol. Pengambilan gula dan garam yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit-penyakit ini.

Kekurangan aktiviti fizikal juga menyumbang kepada peningkatan kolesterol dan obesiti. Senaman secara berkala dapat meningkatkan kolesterol HDL (“baik”), menurunkan kolesterol LDL, mengurangkan lemak dalam badan dan memperbaiki aliran darah. Faktor yang seterusnya adalah peningkatan umur.

Fungsi organ akan menurun dengan peningkatan umur dan ini akan mempengaruhi proses metabolisme kolesterol. Selain itu, merokok boleh menjejaskan saluran darah dan menurunkan tahap kolesterol HDL. Ia juga menyebabkan gangguan metabolism dan menjejaskan produksi insulin. Stres juga selalu menyebabkan pemakanan yang tidak sihat dan mempengaruhi proses metabolisme seseorang.

Kaitan antara 3 penyakit ini adalah seperti berikut. Penyakit kencing manis boleh menurunkan kolesterol HDL dan meningkatkan kolesterol LDL dan trigliserida. Seterusnya, kolesterol tinggi berlaku. Kolesterol tinggi pula menyebabkan aterosklerosis (saluran darah akan menjadi sempit dan keras).

Apabila ini berlaku, jantung perlu bekerja dengan lebih kuat dan ini meningkatkan tekanan darah. Penyakit kencing manis boleh menyebabkan keradangan dan merosakkan saluran darah dan organ-organ lain seperti buah pinggang. Buah pinggang memainkan peranan yang penting dalam pengawalan tekanan darah. Jika fungsi buah pinggang terjejas, tekanan darah akan meningkat.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)