
Sulit
3 tahun
Penyakit gonorhea yang berulang kembali jangkit walaupun tidak membuang hubungan seks
Saya lelaki umur 20. Sebelum ini saya terkena dengan penyakit gonorhea tetapi saya sudah menerima rawatan iaitu suntikan antibiotik di punggung dan azithromycine. Selepas 3 hari saya senbuh. Namun selepas seminggu saya dijangkiti semula (mula keluar nanah). Adakah saya perlu menerima suntikan lagi atau makan ubat azithromycine yang sudah saya beli?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya rawatan pertama adalah dalam peringkat awql jangkitan kelamin, anda boleh bebas. Namun, sekiranya lambat, bakteria ini mungkin mengambil masa dan beberapa rawatan untuk dibasmi. Oleh itu, anda harus kembali ke doktor yang merawat anda untuk memeriksa ulser yang baru timbul.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.