
Sulit
2 tahun
Penyakit hipotiroid
saya berumur 30 tahun.saya mengalami hypothyroid.saya ingin mendapat kepastian, boleh kah ubat l-thyroxine di ambil ketika datang period? dan apakah makanan yang perlu dan tak perlu di ambil jika ada hypothyroid? apakah akan berlaku jika saya tidak mengambil ubat thyroid untuk seminggu? jika saya terlupa untuk mengambil ubat untuk sehari,bila kah waktu saya patut makan ubat semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tersebut boleh diambil ketika datang haid.
Sekiranya anda lupa mengambil ubat tersebut selama seminggu, penyakit hipotiroid anda boleh timbul semula atau sukar dikawal menyebabkan gejala yang anda hadapi untuk berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil ubat tersebut seperti yang ditetapkan.
Selain itu, jika anda terlupa selama sehari, anda dinasihatkan untuk mengambil ubat tersebut secepat yang mungkin namun tidak mengambil bersama-sama dengan dose ubat yang sepatutnya.
Anda tidak boleh mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kaffein bersama dengan ubat tersebut. Sebagai contoh, teh atau kopi.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.